Solat sunat sebelum subuh dikenali sebagai solat qabliyah subuh atau solat sunat fajar dan dilakukan sebanyak dua rakaat. Solat ini tergolong dalam solat Nafl yang bermaksud tambahan kerana ia adalah tambahan kepada solat-solat yang difardhukan oleh Allah SWT.
Kelebihan
Ramai yang terlepas pandang mengenai ganjaran solat sunat sebelum subuh dan tidak melakukannya walhal ganjarannya sangat besar. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis;
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.
[Riwayat Muslim (725)]
Hadis ini menjelaskan bahawa solat sunat dua rakaat sebelum menunaikan solat subuh memiliki ganjaran yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Cara-cara (Tatatertib) solat sunat
Maksudnya: “Sahaja aku menunaikan solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah ta’ala”Setelah selesai solat "memohon doa yang ingin kita pohon pada ALLAH SWT"
Tambahan : Baca surah Yassin 1 kali.
- AZAN SUBUH
- SOLAT SUBUH